Thursday, November 19, 2009

Syamail MUHAMMAD S.A.W Siri 3

Bismillahirrohmanirrohim

Rambut RASULULLAH saw


Rambut Rasulullah saw


Anas ibnu Malik meriwayatkan
"Panjang rambut Rasulullah saw. sampai di setengah telinga beliau."
(Riwayat Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud, Nasa'i dan Ahmad)

Diriwayatkan bahawa Aisyah berkata,
"Saya pernah mandi bersama Rasulullah saw. dari satu wadah (air). Beliau memiliki rambut yang panjangnya tidak sampai di pundak dan tidak sampai di bagian bawah daun telinga."
(Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Dawud, dan Ahmad)


Rambut Rasulullah saw

Bara' ibnu Azib meriwayatkan
"Rasulullah saw. memiliki postur yang berukuran sedang (tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek), baginya badan di antara kedua pundaknya lebar, rambut bagian depan beliau sampai di bagian bawah daun telinganya."
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim dan Nasa'i)

Qatadah bertanya kepada Anas,"Seperti apa ciri-ciri rambut Rasulullah saw,?" Anas menjawab
"Rambut Rasulullah saw. berada di tengah-tengah antara keriting dan lurus, sementara panjangnya mencapai bagian bawah daun telinganya"
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Nasa'i, dan Ahmad)


Rambut dan gigi Rasulullah saw


Ummu Hani' binti Abu Thalib meriwayatkan
"(Pada saat fat-hu Makkah 'Penaklukan kota Mekah'), Rasulullah saw. memasuki kota Mekah dengan rambut yang diikat menjadi empat bagian."
(Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Anas meriwayatkan,
"Panjang rambut Rasulullah saw. sampai di setengah telingah beliau."
(Riwayat Tirmidzi, Abu Dawud, dan Nasa'i)

Ibnu Abbas meriwayatkan,
"Pada awalnya, Rasulullah saw. biasa membiarkan rambut beliau tergerai. Saat itu, orang-orang musyrik merapikan rambut mereka, sementara Ahlul-Kitab selalu membiarkan rambut mereka tergerai. Rasulullah saw. lebih suka meniru perilaku Ahlul-Kitab selama belum ada ketentuan dari ALLAH. Kemudian Rasulullah saw. selalu merapikan rambut beliau."
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Hani' binti Abu Thalib meriwayatkan,
"Saya melihat rambut Rasulullah saw. diikat menjadi empat bagian."
(Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Semoga kita dapat beramal dan menjadi pengikut yang setia kepada Rasulullah saw dan menjadi hamba yang taat setia kepada ALLAH SAW.

Wednesday, November 11, 2009

Sunday, November 1, 2009

2009 lembaran yang meyakinkan kepada kami!

Alhamdulillah, bersyukur kami kepada ALLAH SWT kerana dengan izinnya, dapat juga kami menjayakan program motivasi kem ibadat SK Tambulian dengan jayanya. Tanggal 31 Oktober 2009 pada waktu jam 8.00 malam bertempat di dewan KG Tambulian kami SYAWAL telah mengadakan satu sesi iaitu "MOTIVASI BERSAMA SYAWAL" selama dua jam.


Sebanyak 10 lagu telah dinanyikan oleh SYAWAL dan diselitkan dengan perkongsian mengenai realiti kehidupan masa kini seperti "persahabatan, Ketakwaan Kepada ALLAH SWT, Jangan Cepat Berputus asa dan Cara Belajar yang betul dan beriman".


Perjalanan sesi motivasi pada kali ini berlangsung dengan baik dan peserta kem ibadat juga begitu teruja untuk bersama-sama kumpulan SYAWAL dalam menyanyikan beberapa buah lagu.


Malam ini juga sangat menarik kepada SYAWAL kerana setelah sekian lama, antara pengasas pertama SYAWAL iaitu Saidani turut serta menghiburkan adik-adik kecil atau peserta kem ibadat ini.

Semoga apa yang SYAWAL lakukan ini akan diberkati oleh ALLAH dan menjadi bekalan diakhirat sana. InsyALLAH.

Wassalam

Thursday, October 8, 2009

Syamail MUHAMMAD S.A.W Siri 2

Bismillahhirrohmanirrohim

Tanda Kenabian
RASULULLAH SAW


Pintu lama Kaabah



Sa'ib bin Yazid r.a. meriwayatkan
"Bibi membawa saya menghadap Nabi saw. Bibi berkata, ' Wahai Rasulullah! keponakanku ini sakit.' maka, beliau mengusap kepalaku dan mendoakan keberkahan untuk saya, lalu beliau berwudhu, kemudian saya meminum bekas air wudhu beliau. Setelah itu, saya berdiri di belakang beliau, seketika saya melihat tanda kenabian di antara kedua pundak beliau, bentuknya seperti kancing tirai."
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, dan Thabrani)

Jabir bin Samurah r.a. meriwayatkan
"Saya melihat tanda kenabian di antara kedua pundak Rasulullah saw.,yaitu daging berwarna merah sebesar telur burung merpati."
(Riwayat Tirmidzi, Muslim, dan Ahmad)


Kunci Pintu Kaabah

Rumaitsah r.a. meriwayatkan
"Saya mendengar Rasulullah saw.-saya sangat dekat dengan beliau sehingga seandainya aku mau mencium tanda kenabian yang ada di antara kedua pundak beliau, niscaya saya bisa melakukannya-berkata kepada Sa'd bin Muadz ketika ia wafat, 'kerana kematian sa'ad, 'Arsy Allah bergetar.'"
(Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Ibrahin bin Muhammad meriwayatkan
"Jika Ali bin Abi Thalib r.a. menggambarkan karakteristik fisik Rasulullah saw.-kemudian Ibrahim menyebutkan sebuah hadis yang panjang-ia berkata,'Di antara kedua pundak beliau ada tanda kenabian, dan beliau adalah penutup para nabi.'"
(Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa'd, dan Baihaqi)

Abu Zaid Amru bin al-Akhthab al-Anshari r.a. berkata kepada Ilba' bin Ahmar,
"Rasulullah saw. pernah berkata kepada saya, 'Wahai Abu Zaid! mendekatlah dan usaplah belakangku!' maka saya pun mengusap belakang beliau, seketika jari-jemari saya menyentuh tanda (kenabian).' Ilba bertanya, "Seperti apa tanda kenabian itu?' Abu Zaid menjawab, 'Gumpalan rambut'".
(Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Selamat Beramal. Semoga kita sentiasa terasa dekat dengan Rasulullah saw.







Wednesday, October 7, 2009

Syamail MUHAMMAD S.A.W

SYAMAIL 1

Karakter Fisik RASULULLAH

Anas ibnu Malik r.a. meriwayatkan

"Postur tubuh Rasulullah saw. tidak terlalu tinggi dan tidak pendek. Kulit beliau tidak terlalu putih dan tidak gelap. Rambut beliau tidak terlalu keriting dan tidak lurus tergerai. ALLAH SWT. mengutus beliau, sebagai Rasul, ketika beliau memasuki usia yang keempat puluh. Beliau tinggal di Mekah selama sepuluh tahun, dan di Madinah selama sepuluh tahun. Beliau wafat ketika dalam usianya yang keenam puluh, sementara uban di rambut dan janggot beliau tidak mencapai dua puluh helai."
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Malik dan Ahmad)

Rambut dan gigi Rasulullah saw (wallahuallam)

Al-Bara' ibn Azib r.a. meriwayatkan

"Postur tubuh Rasulullah saw. sedang (tidak tinggi dan tidak pendek). Bagian badan di antara kedua pundaknya lebar. Rambut beliau lebat, ujungnya menyentuh daun telinga bagian bawah. Beliau memiliki baju berwarna merah. Saya belum pernah melihat seseorang yang lebih tampan daripada beliau."
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ahmad)

Ali bin Abi Thalib r.a. meriwayatkan

"Postur Nabi saw. tidak tinggi dan tidak pendek. Beliau memiliki telapak tangan dan telapak yang tebal, kepala dan persendian yang besar, dan bulu dada yang panjang. Ketika berjalan, tubuh beliau tegap seperti sedang menuruni tanah yang landai. Saya belum pernah melihat seorang pun yang sama dengan beliau, baik sebelum maupun setelah beliau (wafat)."
(Riwayat Tirmidzi dan Hakim)

Ali ibnu Abi Thalib r.a. menggambarkan ciri fizikal Rasulullah S.A.W.:

"Postur tubuh Rasulullah saw. tidak terlalu tinggi dan tidak pendek. Beliau memiliki perawakan yang sedang dibandingkan kaumnya. Rambut beliau tidak terlalu keriting dan tidak lurus tergerai. Beliau berambut ikal, tidak gemuk, dan wajah beliau tidak terlalu bulat. Kulit beliau putih kemerah-merahan. Beliau memiliki bola mata yang hitam pekat, bulu mata yang lentik, serta bahu yang lebar dan tidak berbulu. Dada beliau berbulu. Telapak tangan dan kaki beliau tebal. Ketika berjalan, beliau seakan-akan melangkah menuruni tanah yang landai. Ketika menoleh, beliau menoleh (berbalik) dengan seluruh badan. Di antara kedua bahu beliau terdapat tanda kenabian. Beliau adalah nabi terakhir, manusia yang paling lapang dada, ucapannya paling bisa dipercaya, karakternya paling lembut, dan cara bergaulnya paling mulia. Siapa pun yang pertama kali melihat beliau, pasti segan. Tetapi, orang yang telah lama bergaul dengan beliau pasti mencintai beliau. Siapa pun yang mencoba menggambarkan karakter beliau pasti berkata.' Aku tidak pernah melihat seorang pun yang sama seperti Rasulullah saw., baik sebelum maupun setelah beliau (wafat).'"
(Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa'd, dan Baihaqi)

Tapak kaki Rasulullah saw (wallahuallam)

Hasan ibn Ali r.a. meriwayatkan

"Saya pernah bertanya kepada paman saya, Hindun ibnu Abi Halah-yang sangat pandai menggambarkan sesuatu- tentang karakteristik fisik Rasulullah saw. Saya menginginkan agar ia menggambarkan sifat-sifat beliau yang mirip dengan sifat-sifat saya. Hindun menjawab, 'Tubuh Rasulullah saw. besar. Wajah beliau bersinar seperti bulan purnama. Postur tubuh beliau lebih tinggi daripada ukuran tubuh yang biasa serta lebih pendek daripada ukuran tubuh orang yang jangkung dan kerempeng. Kepala beliau besar dan rambut beliau ikal. Apabila rambut beliau mula memanjang, makabeliaupun menyisirnya. Jika tidak (disisir), maka rambut beliau ketika tergerai, tidak pernah melebihi bagian bawah daun telinga beliau. Kulit beliau cerah, putih kemerah-merahan. Dahi beliau lebar, alis beliau melengkung dan panjang; kedua alisnya hampir menyatu. Di antara kedua alis tersebut, terdapat urat yang memerah ketika beliau marah. Beliau memiliki hidung yang mancung dengan bagian atas yang bercahaya sehingga orang yang tidak memerhatikan dengan cermat akan mengira bahawa hidung beliau bengkok. Janggot beliau lebat dan kedua pipi beliau datar. Mulut belaiu lebar, antara gigi dan gigi beliau yang lain berjarak, dada beliau berbulu halus. Leher beliau jenjang dan indah. Postur tubuh beliau bagus dan gemuk ideal. Perut beliau sama rata dengan dada. Dada beliau lebar. Tubuh antara dua bahu beliau juga lebar. Persendian tubuh beliau besar, sementara bagian tubuh yang tidak berbulu tampak bercahaya. Di antara bagian atas dada dan pusar beliau, terdapat bulu tipis yang tampak seperti garis. Tetapi, kedua susu dan perut beliau tidak berbulu. Tangan, pundak, dan dada bagian atas beliau berbulu tipis. Tangan beliau panjang, telapak tangan beliau lebar, telapak tangan dan telapak kaki beliau tebal, dan jari-jemari beliau panjang. Di tengah-tengah telapak kaki beliau halus sehingga air pun tidak menempel-air yang mengenainya langsung hilang, tanpa meninggalkan bekas. Ketika berjalan, tubuh beliau tegap. Beliau berjalan dengan tenang dan dengan langkah yang lebar. Ketika beliau berjalan seakan-akan beliau sedang menuruni tanah yang landai. Ketika menoleh, beliau menoleh )berbalik) dengan seluruh badan beliau. Beliau sering menundukkan pandangan-beliau lebih sering memandang ke bawah daripada mendongak ke atas. Beliau selalu melihat sesuatu dengan penuh perhatian. Ketika berjalan bersama para sahabat, beliau selalu membiarkan mereka berjalan di depan, dan setiap kali bertemu dengan seseorang, beliau selalu mengucapkan salam terlebih dahulu.'"
(Riwayat Tirmidzi, Ibnu Sa'd, Baihaqi, dan Ibnu Adi)

Jabir ibn Samurah r.a. meriwayatkan

"Mata Rasulullah saw. putih kemerah-merahan dan daging tumit beliau sedikit."
(Riwayat Tirmidzi, Musilim, Baghawi, Abu Dawud ath-Thayalisi, dan Ahmad)

Jabir ibn Samurah r.a. juga meriwayatkan

"Saya melihat Rasulullah saw. pada sebuah malam yang terang benderang oleh cahaya bulan. Beliau mengenakan baju berwarna merah. Saya menatap beliau dan memandang bulan. Sungguh, menurutku, beliau lebih indah daripada bulan."
(Riwayat Tirmidzi, Darimi, Abu Syaikh, Hakim dan Thabrani)

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki bertanya kepada al-Bara' ibn Azib r.a.,

"'Apakah wajah Rasulullah saw. (berkilau) seperti pedang'? Al-Bara' menjawab, 'tidak. Wajah beliau bagaikan bulan.'"
(Riwayat Tirmidzi, Bukhari, Darimi, dan Ahmad)

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan

"(kulit) Rasulullah saw. itu putih bersih seolah-olah beliau itu tercipta dari perak. Beliau juga memiliki rambut yang indah dan rapi."
(Riwayat Tirmidzi)

Jabir ibn Abdillah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,

"Para nabi diperlihatkan kepadaku. Aku melihat Musa a.s.; ternyata ia seperti laki-laki dari Syanuah. Aku melihat Isa ibnu Maryam a.s; ternyata orang yang kulihat paling mirip dengannya adalah Urwah ibnu Mas'ud. Kemudian aku juga melihat Ibrahim a.s; ternyata orang yang kulihat paling mirip dengannya adalah sahabat kalian ini (maksudnya Rasulullah saw sendiri). Lalu kulihat Jibril a.s.; dan ternyata orang yang kulihat paling mirip dengannya adalah Dihyah."
(Riwayat Tirmidzi, Muslim dan Ahmad)

Sa'id al-Jurairi meriwayatkan bahawa Abu Thufil berkata,

"'Saya pernah melihat Nabi saw., dan tidak ada lagi di muka bumi ini seorang pun yang pernah melihat beliau selain diriku.' Sa'id bertanya,'Gambarkanlah beliau kepadaku!' Abu Thufail berkata, 'Beliau putih, elok, dan sedang (tidak gemuk dan tidak kurus; tidak tinggi dan tidak pendek).'"
(Riwayat Tirmidzi, Muslim, Naihaqi, Ibnu Sa'd, dan Bagawi)

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan

"Gigi depan Rasulullah saw. tampak renggang. Ketika berbicara, di antara gigi depan beliau itu seperti keluar cahay."
(Riwayat Tirmidzi, Bagawi, Darimi, Baihaqi dan Thabrani)

Semoga kita mendapat petunjuk daripada ALLAH S.W.T.
Selamat beramal.
Cemerlang Di Dunia, Cemerlang Di Akhirat.

Wassalam

Tuesday, October 6, 2009

Assalamualaikum


Semua bala dan ujian yang Allah turunkan kepada manusia adalah sebagai dalil bahawa Allah benar-benar berkuasa ke atas makhluknya. Allah juga menurunkan bala supaya manusia berfikir bahawa di alam ini ada kuasa ghaib yang mentadbir, mengurus dan menyelaras keseluruhan proses kejadian alam. Allah menimpakan pada manusia bala dan ujian untuk manusia menyedari bahawa gunung-ganang, teknologi canggih, perkembangan sains, persenjataan hebat, negara bertamadun, pemimpin yang punya kuasa politik besar dan rakyat yang hidup mewah, semuanya akan musnah apabila berhadapan dengan bala dan ujian Allah SWT.

Adakah bala dan ujian Allah datang tanpa dijemput? Pernahkah kita mengangkat kedua-dua tapak tangan ke langit untuk memohon bala dan ujian Allah SWT? Mestilah kita katakan tidak pernah. Hakikatnya, kita menjemput bala Allah tanpa disedari. Kita menyeru bala Allah dengan membanyakkan zina, menyebarkan budaya minum arak, memperkayakan kehidupan dengan mata pencarian haram, meninggalkan arahan Allah, melakukan segala larangan Allah, budaya keseronokan (hiburan) dan pembuangan bayi menyebabkan turunnya bala dan ujian Allah, sedangkan kita tidak menyedarinya.


Firman Allah yang bermaksud, "Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan oleh apa yang kamu lakukan (perbuatan salah dan berdosa) dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian daripada dosa kamu." (As-Syura: 30)

Sabda Rasulullah SAW: "Tidak menghalang sesuatu kaum itu daripada mengeluarkan harta melainkan mereka menghalang langit daripada menurunkan hujan, kalaulah tidak kerana binatang (di muka bumi) nescaya langit pasti tidak menurunkan hujan selama-lamanya."

Maksud hadis, daripada Ali bin Abi Thalib r.a., Rasullulah s.a.w. bersabda: "Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

  • Apabila harta negara hanya beredar kepada orang tertentu.

  • Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

  • Zakat dijadikan hutang.

  • Suami turut kehendak isteri.

  • Anak derhaka kepada ibunya.

  • Anak suka berbaik-baik dengan kawan.

  • Anak suka menjauhkan diri daripada ayah.

  • Suara ditinggikan di dalam masjid.

  • Ketua kaum adalah yang terhina di antara mereka.

  • Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

  • Arak diminum di merata tempat.

  • Kain sutera banyak dipakai oleh lelaki.

  • Artis jadi pujaan.

  • Muzik banyak dimainkan.

  • Generasi akhir umat ini melaknat serta menyalahkan generasi pertama iaitu sahabat Nabi SAW.

    Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka akan diubah menjadi makhluk yang lain. (Hadis Tarmizi)

  • Sunday, September 27, 2009

    SYAWAL BERAYA BERSAMA SAMA

    Hari Raya tahun 2009 menjadi sesuatu yang sukar untuk dilupakan oleh semua ahli kumpulan SYAWAL kerana buat pertama kalinya kumpulan SYAWAL menganjurkan "TAKBIR RAYA" dari rumah ke rumah. Syukur kepada yang maha KUASA kerana dengan segala nikmat yang dicurahkan, kami SYAWAL berjaya menjalankan rancangan ini dengan jayanya. SYAWAL TEAM
    Dari kiri: Azwan, Rasdi, Saidani, Joeharmawi dan Mirza

    SYAWAL dipagi Hari Raya 2009


    SYAWAL@MIRZA bersama isteri tercinta di pagi Syawal

    SYAWAL@CHED bersama isteri tercinta di pagi syawal

    SYAWAL@SAIDANI khusyuk bertakbir

    SYAWAL@MIRZA bersama anak buah dipagi syawal

    SYAWAL@ICIK bersama azmi dan fandy R dipagi Syawal

    SYAWAL TEAM berkunjung ke rumah Jamrin untuk melaungkan takbir raya

    SYAWAL@CHED sempat bergambar disebalik padi heheh

    SYAWAL@JUAN berdoa dipagi Syawal...AMIN

    SYAWAL@ICIK khusyuk...AMIN

    SYAWAL@SAIDANI lagi khusyuk...AMIN

    SYAWAL@SAIDANI berborak dengan sebahagian hadirin

    SYAWAL@CHED apa agaknya yang diperkatakan oleh SYAWAL seorang ini

    SYAWAL@MIRZA sentiasa bertenang

    SYAWAL@ICIK berada di mana ya????

    SYAWAL sentiasa ceria walaupun kenyang

    SYAWAL@CHED khusyuk dalam doa

    SYAWAL@ICIK bersemangat dipagi Syawal

    SYAWAL@JUAN bersama Robby dan ZulHelmus

    SYAWAL sentiasa ceria, yang baju merah lagi ceria

    SYAWAL@CHED bersama rombongan takbir

    SYAWAL@SAIDANI tetap bersemangat walaupun penat berjalan

    SYAWAL@CHED senyuman yang manis...ceh macam lagu SYAWAL pulak

    SYAWAL@CHED duduk berehat

    SYAWAL@ICIK sibuk merakamkan situasi yang berlaku

    SYAWAL@JUAN bermanja dengan SYAWAL@SAIDANI. mentang-mentang adik bungsu dalam SYAWAL TEAM

    SYAWAL@ICIK menikmati juadah bersama ahli rombongan takbir raya

    SYAWAL@CHED bercerita bersama Safri

    SYAWAL@ICIK memberi bantuan kepada mangsa perang hehehe. gurau dipagi Syawal

    SYAWAL@ICIK heheh senyum tu.

    SYAWAL bersemangat sebelum makan

    Adakah ini SYAWAL di masa tua nanti...? heheheheheheh

    SYAWAL@SAIDANI melayan anak yang comel

    SYAWAL@JUAN sentiasa bersemangat walaupun tidak cukup tidur

    SYAWAL@ICIK dan SYAWAL@JUAN bersama azmi menikmati juadah yang disediakan

    SYAWAL@CHED bergambar dengan kereta SYAWAL TEAM

    SYAWAL@ICIK penyokong C FC

    SYAWAL@JUAN penyokong MAN UTD


    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin dari kami kumpulan SYAWAL.
    semoga tahun ini akan menjadi pendorong kepada kita untuk memperbaiki iman dan amal kepada ALLAH SWT.

    Mudah-mudahan kita akan sentiasa diberkati olehNYA.

    Didalam kegembiraan SYAWAL, kami juga sentiasa mengingati sahabat yang berada dalam kesedihan. Mari kita beramai-ramai mendoakan agar ayah kepada pencipta lagu SYAWAL RONNEY BRENDON BANIAN cepat sembuh dari segala penyakit dan sabar menghadapi ujian daripadaNYA. AMIN.

    BISMILLAHIROHMANIRROHIM

    Ya ALLAH ya TUHAN kami, kami bermohon kepadaMU ya ALLAH, agar menyembuhkan penyakit ayah sahabat kami. Ya ALLAH ya TUHAN kami, hanya engkaulah tempat kami memohon bantuan. Tiada TUHAN selain engkau ya ALLAH. Sesungguhnya engkaulah TUHAN yang MAHA pengasih dan MAHA penyayang.
    AMIN.AMIN YA ROBBILALAMIN

    SALAM SYAWAL

    ASSALAMUALAIKUM