Sunday, May 31, 2009

ASSALAMUALAIKUM WBT

Salam kepada semua yang masih memperjuangkan industri nasyid tanah air dan selamat kepada semua yang masih mengingati SYAWAL.

Setelah sekian lama kumpulan Syawal berdiam diri, tahun 2009 menjadi pembuka lembaran baru kepada kumpulan ini setelah ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu.


SAIDANI


MIRZA


RASDI


JOEHARMAWI


AZWAN



DENNY

Kumpulan yang dianggotai oleh 6 anak muda, Saidani, Mirza, Rasdi, Joeharmawi, Azwan dan Denny bergerak secara sendiri untuk memulakan karier yang sungguh mencabar. Semuanya bermula di KG Tengkurus Kota Belud apabila kumpulan ini buat pertama kalinya mengadakan persembahan nasyid dikhalayak ramai.
Dorongan yang telah diberikan oleh En Awad Nir Matanggal pada ketika itu telah mewujudkan satu suasana @ fenomena baru kepada 6 anak muda ini. Perjuangan pun bermula. Kumpulan Syawal banyak mengadakan persembahan di SMK Taun Gusi Kota Belud dan seluruh daerah Kota Belud.
Tahun 2000 merupakan detik yang amat sukar untuk dilupakan kerana seorang anggota utama Syawal mengundur diri demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang suami (saidani).
Hari demi hari, bulan demi bulan, kumpulan Syawal mendapat tempat di daerah Kota Belud untuk mengadakan persembahan nasyid. Antara persembahan yang besar pernah di sertai oleh kumpulan Syawal ialah Rumah Terbuka Sambutan Hari Raya Daerah Kota Belud tahun 2000, Karnival RTM peringkat Negeri Sabah, Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kota Belud, Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Kota Belud, dan banyak lagi acara yang pernah dihadiri oleh kumpulan ini.

Segalanya berjalan dengan lancar sehingga membuatkan kumpulan ini semakin menyengat. Tahun 2001 menyaksikan banyak perubahan dalam kumpulan Syawal. Keadaan semakin menyedihkan dan menggembirakan.

Tunggu laporan yang seterusnya...............!

"MUHASABAH DIRI"