Monday, July 27, 2009

Ayat-ayat rezeki

Assalamualaikum

Terdapat sekurangnya 10 macam cara pembuka pintu rezeki dan tidak salah kiranya jika kita mencuba meraihnya. Sedangkan dalil penunjukannya baik berupa ayat Al-Qur’an maupun dari hadist-hadist Nabi.
Sengaja SYAWAL hanya mencantumkan dalil saja tanpa memberi penjelasan lebih jauh dan selanjutnya biar teman-teman sendiri sahaja yang harus berusaha mencarinya, jika ingin mengetahui lebih jauh, baik membaca, bertanya kepada ustaz terdekat, datang ke majlis taklim dan lain sebagainya. Apakah salah kita mencari rezeki dengan cara seperti yang ditunjukan Al-Qur’an dan Sunnah Nabi?

Tidak! Silakan saja kerana Al-Qur’an milik kita, dan pencarian rezeki ini ditunjukan oleh Allah dan Nabi Saw.
Cara memperolehnya antara lain:

1. Istighfar dan Taubat

Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan Mengadakan untukmu kebun-kebun dan Mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuh: 10-12)

Hasan al-Bashri salah seorang pemuka di kalangan tabi’in selalu menganjurkan banyak istighfar kepada siapa saja yang datang kepadanya ketika mengadu tentang gagal panen, sulit rezeki, sulit mendapatkan keturunan, dan sawah ladang yang tidak produktif. (Tafsir Qurthubi)

2. Takwa

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan Mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah Mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (QS. Ath-Thalaq: 2-3)

“Jikalau Sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi…” (QS. Al-A’raf: 96)

3. Tawwakal

“Sungguh, seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenarnya, niscaya kalian diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung. Mereka berangkat pagi hari dalam keadaan lapa, dan pulang sore hari dalam keadaan kenyang.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibn Mubarak, Hakim, Musnad asy-Syihab. Sanadny disahihkan oleh Ahmad Syakir dan Al-Albani)

4. Taat dan Beribadah Sebaik-baiknya

“Sesungguhnya Allah berfirman, “ Wahai anak Adam, beribadahlah sepenuhnya kepada-KU, niscaya Aku penuhi di dalam dada dengan kekayaan dan semua kebutuhanmu. Jika tidak kalian lakukan (tidak taat) Aku penuhi dengan kesibukan dan tidak Aku penuhi kebuthanmu (tidak ada hasilnya semua usaha).” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Ibnu Majah, Hakim dari Abu Hurairah. Al-Albani mensahihkannya)

5. Melaksanakan Haji dan Umrah

Pertanyaan ini sering ditujukan pada saya baik para jamaah yang saya bimbing ketika haji atau umrah, “Apakah haji dan umrah ini akan mendatangkan rezeki?"
Inilah dalilnya:

“Lanjutkan haji dan umrah karena sesungguhnya keduanya menghilangkan kemiskinan dan dosa. Sebagaimana api dapat menghilangkan karat, emas dan perak. Dan tidak ada pahala haji mabrur kecuali surga.” (HR. Ahmad, Tirmidzi, Nasai, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban. Syeikh Ahmad Syakir mengatakan sanadnya sahih, Al-Albani mengatakan hasan sahih sedangkan Syeikh Syu’aib Al-Arnauth mengatakan hasan)

6. Silaturahmi

“Siapa saja yang suka agar rezekinya luas, dipanjangkan umurrnya, maka hendaklah ia menperbanyak silaturahmi.” (HR. Bukhari)

Maksud dari dipanjangkan umur dalam hadist ini adalah berkah umur menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam Fathul Barri.

“Belajarlan tentang nasab (garis keturunan) sehingga kalian bias menyambung silaturhami. Karena sungguh silaturahmi itu adalah (salah satu cara) menimbulkan kasih saying antara keluarga, (sebab) luasnya rezeki dan bertambah usia (berkah umur).” (HR. Ahmad, Tirmidzi, dan Hakim. Syaikh Ahmad Syakir dan Al-Albani mensahihkannya)


7. Sedekah dan Infak

“Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, Maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah pemberi rezki yang sebaik-baiknya.” (QS. Saba: 39)

“Allah Tabaraka wa Ta’ala mengatakan: Wahai anak Adam, berinfaklah, niscaya Aku memberi rezeki kepada kamu.” (HR. Muslim

8. Membiayai Pelajar Yang Sedang Menuntut Ilmu Islam

“ Dahulu ada dua orang bersuadara pada masa Rasulullah Saw. Salah seorangnya pernah datang kepada Nabi Saw (untuk belajar ilmu agama), sedangkan saudara yang lainya bekerja, Lalu saudara yang bekerja itu pernah mengadu (mengadukan bahwa saudaranya itu tidak mau membatunya dalam kerjaannya) kepada Nabi, dan beliau bersabda,” Mudah-mudahan engkau diberi rezeki sebab itu.” (HR. Tirmidzi, dan Hakim. Syaikh Albani mensahihkannya)

9. Menolong dan Membantu Orang Miskin

Dalam sahih Bukhari dikisahkan bahwa Sa’ad merasa dirinya memiliki kelebihan dari pada yang lain. Kemudian Rasulllah Saw bersabda:
“Bukankah kalian ditolong dan diberi rezeki lantaran orang-orang miskin?”

“Carilah keridhaanku melalui orang-orang miskin diantara kalian. Karena sungguh kalian diberi rezeki dan ditolong karena sebab orang miskin diantara kalian.” (HR. Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, dan Hakim. Disahikan oleh Albani

10. Hijrah Di Jalan Allah

Makna hijrah selain dari kata asalnya mencakup banyak arti. Diantaranya menurut Rasyid Ridha adalah menolong sesama Muslim agar tidak terjerat oleh hasutan agama lain agar masuk ke agama mereka. Dan tentunya bantuan ini sangat berharga bila berbentuk dana untuk pendidikan mereka, makanan, obat-obatan dan lainnya.

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang Luas dan rezki yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya (sebelum sampai ke tempat yang dituju), Maka sungguh telah tetap pahalanya di sisi Allah. dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An-Nisa: 100)

Selamat Beramal


"Cemerlang di dunia, Cemerlang di akhirat"

Saturday, July 25, 2009

TidakKah Kita Berfikir

Wahai sahabat-sahabatku. Kenapakah kita tidak berfikir mengenai bertapa agungnya kebenaran yang terpampang di depan mata kita ini. kenapa kita asyik lalai dengan kemewahan, keindahan dunia. Adakah kita ini akan hidup untuk selama-lamanya. Mari kita berfikir sejenak. Dimana kebenaran yang kita cari.lihat gambar ini. Kenapa ini berlaku?

Rasanya ini apa? Kenapa kita manusia sukar mengerjakannya???


Ingat pada batu ini? Baca dalam kisah-kisah menarik nabi Allah Muhamad SAW.

Allah Hu Akhbar

Adakah ini secara kebetulan?

Adakah ini juga secara kebetulan?

Semuannya sudah didepan mata. kenapa kita masih lagi lalai dengan amaran ini.
kenapa????
Hanya diri kita yang mampu untuk menilai setakat mana diri kita.

Renung-renungkan, fikir-fikirkan diri kita. jangan sampai terlambat.

"Yang paling jauh itu adalah MASA, dan yang paling dekat itu adalah MATI"

Wassalam

Monday, July 20, 2009

Disebalik kesibukan ahli SYAWAL ada Kebaikannya.

Hari demi hari kesibukan menyukarkan perjalanan kumpulan SYAWAL. Masing-masing ada jalan kesibukannya. Begitu juga dengan salah seorang ahli kumpulan Syawal ini Mirza@Syawal. Bertugas sebagai pendidik di SK Tambulian Kota Belud menjadikan beliau ahli kumpulan SYAWAL yang paling dekat dengan kampung halamannnya dan juga tempat kelahiran SYAWAL TEAM.Kehidupan ini umpama roda yang sentiasa berputar dengan pantas. Betullah kata orang, yang paling jauh itu adalah masa dan yang paling dekat itu adalah kematian. Kehidupan Mirza@Syawal sentiasa sibuk dengan aktiviti sekolah. Demi kecemerlangan anak didiknya, tidak kira siang atau malam beliau sanggup untuk bersama-sama muridnya di sekolah.
Antara aktiviti yang aktif dijalankan oleh Mirza@Syawal ini adalah melatih murid-muridnya dalam acara sukan permainan bola tampar dan juga gerak kerja ko-kurikulum pengakap.

Baru-baru ini Mirza@Syawal berjaya menjadi johan dalam pertandingan bola tampar peringkat zon, daerah, bahagian dan berjaya menghantar seorang muridnya untuk mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan di Kelantan.

Berkat usaha dan sokongan semua pihak Mirza@Syawal berjaya melahirkan murid yang berpotensi seperti yang disarankan oleh KPM menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Begitu juga dengan aktiviti pengakap. Pada 17dan18julai2009, Mirza@Syawal telah mengadakan perkemahan ujian lencana kepada 12 orang pengakap kanak-kanak dibantu oleh Icik@Syawal. Perkemahan yang diadakan juga dihadiri oleh Persuruhjaya Daerah Kadamaian Kota Belud. Syukur pada ALLAH SWT kerana perkemahan itu berjalan dengan lancar dan kesemua PKK berjaya lulus dalam ujian dan akan dianugerahkan lencana pada 1ogos2009 sempena sambutan hari pengakap sedunia.hasil kreatif Mirza@Syawal
Landskap dalam perkemahan pengakap


Disamping itu juga, Rasdi@Syawal juga ada bersama Mirza@Syawal dalam mengendalikan pasukan bola tampar daerah Kota Belud yang berlangsung di daerah Kudat. Johan bersama Syawal.

Pada masa yang sama, Syawal Team juga sudah mempunyai kereta kumpulannya sendiri. kereta yang dimiliki oleh Mirza@Syawal ini dikhaskan kegunaan utamanya untuk kumpulan SYAWAL. Alhamdulilah rezeki ALLAH siapa yang dapat duga. semuanya sudahpun ditentukan olehNYA.

SYAWAL TEAM IN THE HOOD/SAA8844W. Ini lah kenderaan rasmi kumpulan Syawal.

Walau apapun yang berlaku perjuangan dalam industri nasyid ini akan diteruskan. tanpa sebarang keraguan nasyid adalah kehidupan kumpulan SYAWAL. Dakwah secara seni ini semoga dirahmati ALLAH SWT. Amin....!

Walauapapun, kehidupan harus diteruskan. tanpa ragu-ragu dan teruskan perjuangan demi negara dan bangsa. Selagi hayat dikandung badan perjuangan Islamiah akan menjadi agenda utama. "Cemerlang di dunia, Cemerlang di akhirat".
"Jalanilah hidupmu di dunia seakan-akan seperti orang asing atau pengembara"
(Al-Hadith)