Monday, July 20, 2009

Disebalik kesibukan ahli SYAWAL ada Kebaikannya.

Hari demi hari kesibukan menyukarkan perjalanan kumpulan SYAWAL. Masing-masing ada jalan kesibukannya. Begitu juga dengan salah seorang ahli kumpulan Syawal ini Mirza@Syawal. Bertugas sebagai pendidik di SK Tambulian Kota Belud menjadikan beliau ahli kumpulan SYAWAL yang paling dekat dengan kampung halamannnya dan juga tempat kelahiran SYAWAL TEAM.Kehidupan ini umpama roda yang sentiasa berputar dengan pantas. Betullah kata orang, yang paling jauh itu adalah masa dan yang paling dekat itu adalah kematian. Kehidupan Mirza@Syawal sentiasa sibuk dengan aktiviti sekolah. Demi kecemerlangan anak didiknya, tidak kira siang atau malam beliau sanggup untuk bersama-sama muridnya di sekolah.
Antara aktiviti yang aktif dijalankan oleh Mirza@Syawal ini adalah melatih murid-muridnya dalam acara sukan permainan bola tampar dan juga gerak kerja ko-kurikulum pengakap.

Baru-baru ini Mirza@Syawal berjaya menjadi johan dalam pertandingan bola tampar peringkat zon, daerah, bahagian dan berjaya menghantar seorang muridnya untuk mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan di Kelantan.

Berkat usaha dan sokongan semua pihak Mirza@Syawal berjaya melahirkan murid yang berpotensi seperti yang disarankan oleh KPM menerusi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Begitu juga dengan aktiviti pengakap. Pada 17dan18julai2009, Mirza@Syawal telah mengadakan perkemahan ujian lencana kepada 12 orang pengakap kanak-kanak dibantu oleh Icik@Syawal. Perkemahan yang diadakan juga dihadiri oleh Persuruhjaya Daerah Kadamaian Kota Belud. Syukur pada ALLAH SWT kerana perkemahan itu berjalan dengan lancar dan kesemua PKK berjaya lulus dalam ujian dan akan dianugerahkan lencana pada 1ogos2009 sempena sambutan hari pengakap sedunia.hasil kreatif Mirza@Syawal
Landskap dalam perkemahan pengakap


Disamping itu juga, Rasdi@Syawal juga ada bersama Mirza@Syawal dalam mengendalikan pasukan bola tampar daerah Kota Belud yang berlangsung di daerah Kudat. Johan bersama Syawal.

Pada masa yang sama, Syawal Team juga sudah mempunyai kereta kumpulannya sendiri. kereta yang dimiliki oleh Mirza@Syawal ini dikhaskan kegunaan utamanya untuk kumpulan SYAWAL. Alhamdulilah rezeki ALLAH siapa yang dapat duga. semuanya sudahpun ditentukan olehNYA.

SYAWAL TEAM IN THE HOOD/SAA8844W. Ini lah kenderaan rasmi kumpulan Syawal.

Walau apapun yang berlaku perjuangan dalam industri nasyid ini akan diteruskan. tanpa sebarang keraguan nasyid adalah kehidupan kumpulan SYAWAL. Dakwah secara seni ini semoga dirahmati ALLAH SWT. Amin....!

Walauapapun, kehidupan harus diteruskan. tanpa ragu-ragu dan teruskan perjuangan demi negara dan bangsa. Selagi hayat dikandung badan perjuangan Islamiah akan menjadi agenda utama. "Cemerlang di dunia, Cemerlang di akhirat".
"Jalanilah hidupmu di dunia seakan-akan seperti orang asing atau pengembara"
(Al-Hadith)


No comments:

Post a Comment