Saturday, June 27, 2009

SYAWAL Album Report



Id suang mato nu” merupakan salah satu daripada 2 lagu yang dinyanyikan oleh SYAWAL dalam 3 bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Dusun (iaitu selain Kounsikahan). “Id suang mato nu” menceritakan tentang gambaran kesedihan yang dialami oleh seseorang individu dalam kehidupan mereka. Single ini dipetik dari mini album “Hope and Pray” dan merupakan satu-satunya lagu dalam mini album tersebut yang dinyanyikan dalam 3 bahasa secara berasingan (Melayu, Inggeris dan Dusun).


ID SUANG MATO NU

Lagu / Lirik: Ronny Brandon @ Khairul Azman

Album: Hope and Pray EP (Ronny Brandon Music 2001). Diterbitkan sebagai single pada Februari 2001.

Turut mengiringi dalam CD ini adalah alih bahasa lagu ini iaitu “Di dalam mata mu” dan “Inside your eyes”.


We believe in You” merupakan single pertama SYAWAL dibawah pengurusan Ronny Brandon Music. Single ini diterbitkan pada Disember 2000. Paling istimewa, single ini diterbitkan dalam bulan Ramadhan 2000 dan diperdengarkan buat pertama kali dalam bulan yang sama. Single ini mengetengahkan kemampuan vokal SYAWAL dengan susunan vokal yang harmoni. Lagu ini juga adalah dalam versi accapella. Penceritaan lagu ini adalah menjurus kepada pencarian sebenar erti ketakwaan kepada Allah s.w.t. dan juga keteguhan iman.



WE BELIEVE IN YOU

Lagu / Lirik: Ronny Brandon @ Khairul Azman

Album: We believe EP (Ronny Brandon Music 2000). Diterbitkan sebagai single pada Disember 2000.



Getting Together” merupakan himpunan single-single SYAWAL yang berkonsepkan R&B dan dirangkumkan dalam album kompilasi edisi khas. Album ini memuatkan semula lagu “Kounsikahan (Pleasure)” dan “Pencarian (Searching)” yang dialih bahasa ke dalam Bahasa Inggeris. Lagu “Kounsikahan” adalah dipetik dari mini album “Hope and Pray (2001)”, manakala lagu “Pencarian” adalah single dari mini album “We believe (2000)”. Album kompilasi ini memuatkan 9 lagu yang telah diterbitkan dalam album-album terdahulu.


GETTING TOGETHER (Special Edition)

Penerbit: Ronny Brandon, SYAWAL, JJ & Ukat.

Lagu-Lagu: Pleasure, Searching, Hikmah, Perancangan, Live in harmony, You are not alone, Meaning of friendship, Love in our heart & Inside your eyes.

Produksi: April 2002 (Ronny Brandon Music)

P/S: JJ dan Ukat juga adalah sessionist dalam produksi ini.



Hope and Pray” adalah mini album kedua SYAWAL yang disifatkan sebagai unik kerana menampilkan lagu-lagu dalam Bahasa Dusun. Judul album ini diletakkan dalam Bahasa Inggeris kerana frasa “hope and praytersebut dilihat mampu menerangkan keseluruhan kisah dalam mini album ini, disamping lebih komersial dan senang untuk diingati. Walau bagaimanapun, hanya 1 sahaja lagu dalam Bahasa Inggeris yang dimuatkan dalam mini album ini. Mini album ini memuatkan sebanyak 8 buah lagu dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Dusun.

HOPE AND PRAY

Penerbit: Ronny Brandon @ Khairul Azman

Lagu-Lagu: Kounsikahan, Id suang mato nu, Tupus id piginawaan, Kebahagiaan, Di dalam mata mu, Inside your eyes, Muhasabah diri, Kasih dalam hati.

Produksi: Januari 2001 (Ronny Brandon Music)



Memikat Hati” merupakan sajian ketiga dari

SYAWAL. Mini album ini menyusul selepas mini album “We believe” dan “Hope and Pray”. Diterbitkan pada pertengahan tahun 2001, mini album ini memuatkan 7 lagu baru, dengan orientasi domestik. Memuatkan single-single hebat dari SYAWAL seperti “Hikmah”, “Ikhlas”, “Bagaikan Puteri” dan “Insaf”.

Memikat Hati EP

Penerbit: Ronny Brandon @ Khairul Azman

Lagu-Lagu: Hikmah, Ikhlas, Ibadah, Insaf, Bagaikan Puteri, Nasihat & Memikat Hati.

Produksi: Mei 2001 (Ronny Brandon Music)







Muhasabah Diri” adalah single yang dimuatkan dalam album “Hope and Pray”. Lagu ini diterbitkan semula dalam album “Memikat Hati” dengan extended version. “Muhasabah Diri” menceritakan tentang penilaian semula diri individu terhadap ibadah dalam kehidupan seharian. Disampaikan dalam versi accapella, lagu ini ternyata membuktikan keharmonian suara SYAWAL dalam mendendangkan lagu ini.

MUHASABAH DIRI

Lagu / Lirik: Ronny Brandon @ Khairul Azman

Album: Hope and Pray EP (Ronny Brandon Music 2001). Diterbitkan sebagai single pada Februari 2001.



Kounsikahan” (atau kebahagian dalam Bahasa Melayu) merupakan single yang dipetik dari mini album “Hope and Pray”. “Kounsikahan” menceritakan tentang peri pentingnya adab sopan dalam memupuk keharmonian bermasyarakat. Single ini juga merupakan salah satu trade mark kepada kumpulan ini yang mana single ini dinyanyikan sepenuhnya dalam Bahasa Dusun.

KOUNSIKAHAN

Lagu / Lirik: Ronny Brandon @ Khairul Azman

Album: Hope and Pray EP (Ronny Brandon Music 2001). Diterbitkan sebagai single pada Januari 2001.




Hikmah” merupakan break-away single bagi kumpulan SYAWAL, yang berorientasikan kepada muzik Arabian Exotic. Dipetik dari mini album “Memikat Hati”, lagu ini juga menjadi lead single dalam mini album berkenaan. Sentiasa menjadi opening number dalam persembahan mereka.

HIKMAH

Lagu / Lirik: Ronny Brandon @ Khairul Azman

Album: Memikat Hati EP (Ronny Brandon Music 2001). Diterbitkan sebagai single pada Mac 2001.


1 comment: