Saturday, June 27, 2009

Ini Cerita Musfadlie@Syawal


Mohd Musfadlie Bunda nama diberi. perkenalan pertama di SMK Arshad menjadikan hubungan kami menjadi lebih bermakna dalam berpengakap. Sekali berpengakap selamanya berpengakap. Tanpa sebarang keraguan. hubungan dalam berpengakap mengajar Mus menjadi lebih matang dalam sesuatu yang diluar jangkaan. Pengalaman pertama di daerah Kota Marudu bersama-sama kumpulan Syawal dalam membuat persembahan menyebabkan mus menjadi salah seorang yang penting dalam perjalanan seni nasyid Syawal.

Mus menjadi ahli kumpulan simpanan Syawal secara rasminya pada tahun 2003 apabila kumpulan ini seringkali kekurangan ahli kumpulannya yang sedang sibuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan kehadiran mus menyertai Syawal, ia telah memudahkan perjalanan kumpulan ini yang pada masa itu mengalami kesukaran untuk bergerak tanpa ahli yang cukup.
Latihan demi Latihan membuatkan Syawal semakin serasi dengan Mus. Segalanya berhasil apabila Syawal dan Mus mengadakan persembahan disatu majlis yang sangat besar dimana satu daerah Kota Belud datang menyaksikan persembahan tersebut. Persembahan yang menjadi pengukur kepada keupayaan Mus bersama Syawal ini menjadi dan semenjak itu, Mus sering kali bersama Syawal dalam mengadakan persembahan.
Tahun 2009 ini memberikan makna kepada Mus kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke sala satu institusi pengajian tinggi (bahagian Perubatan) di Kuching Sarawak. Semenjak berada di sana, Syawal sering kali mendapat khabar berita gembira yang saudara Syawal Mus ini memulakan langkah untuk bergerak dalam kumpulan barunya "KIRANA". Tahniah mus. gunakan segala ilmu, pengalaman dan ingat "Jangan Bongkak Awal". Falsafah yang kita pegang dari dulu sampai sekarang. Sentiasa beringat mengenai kenapa kita menyertai industri nasyid ini.

Syawal akan sentiasa terbuka dan memberi segala sokongan dan dorongan kepada Mus. teruskan usaha kita ini untuk "Cemerlang di dunia dan Cemerlang di akhirat". Teruskan perjuangan Dakwah seni ini secara ikhlas.


3 comments:

  1. salam to allzz....
    dengan penuh rasa bersyukur,terima kasih tidak terhingga kepada SYAWAL.....thank q...dengan tunjuk ajar dan amanat dari saudara MIRZA...insyaAllah...nasyid akan diperjuangkan selagi nyawa di badan......Kepada semua..teruskan mengikuti dan mengenali SYAWAL...semoga kamu akan dapat merasa MAGIS yang di rasai bersama SYAWAL...HAYATI..DAN RENUNGI..PASTI AKAN....KEMBALI.....

    TQ SYAWAL
    -MuS-

    ReplyDelete
  2. ini cerita saya tidak tau...ada pulak si mus ni dalam syawal...

    ReplyDelete