Tuesday, June 2, 2009

2001 Tahun menyedihkan dan permulaan baru kepada kumpulan Syawal

2001 merupakan lembaran paling mencabar kepada kumpulan syawal. kerana pada tahun inilah kumpulan syawal kehilangan seorang ahli yang ernama Denny Nickholas Budet. Sahabat ini terpaksa berpindah semula ke kampung halamannya (SARAWAK), dan peristiwa ini menyebabkan Syawal kekurangan seorang lagi ahli yang berbakat besar dalam industri ini.

Kehilangan ini amat dirasai kumpulan Syawal, kerana selepas sahaja pemergian Denny, kumpulan Syawal menjadi tidak stabil untuk mengadakan persembahan dengan hanya mempunyai 4 orang ahli.


Walau bagaimanapun, perjuangan perlu diteruskan demi memartabatkan industri nasyid di daerah yang terpencil ini.

Bermula era kumpulan Syawal berempat. Semuanya menjadi mencabar. Persembahan semakin hari semakin mantap. Percubaan pertama Syawal membuat persembahan selepas kehilangan 2 orang ahli ialah di KG Kalawat Kota Belud. memang menguji ketabahan hati. Namun atas dorongan bekas ahli kumpulan Syawal, kump ini berjaya mengadakan satu persembahan yang menghiburkan. Alhamdulullah.....!




Bersyukur Syawal kepada ALLAH SWT kerana mengizinkan kami meneruskan usaha dakwa mulia ini. Amin
Pada tahun ini juga Syawal menerima lagu sendiri daripada seseorang yang sangat berkebolehan dalam bidang seni naysid. Saudara RONNEY BRENDON @ KHAIRUL merupakan anak kelahiran KG Tambulion dan pemegang Ijazaha Sarjana Muda dalam bidang Hubungan Antarabangsa dan Industri. Beliau adalah komposer pertama kumpulan Syawal dengan menyediakan banyak lagu antaranya "Kaunsikahan", "Bagaikan Puteri", "Muhasabah Diri", "Id Suang MatoNu","Live In Harmony","Love In Our Heart", dan banyak lagi.


Ronney Brendon


Logo Pertama "Ronny Brandon MUSIC"

Syawal mendapat nafas baru dengan sentuhan komposer berbakat ini. Syawal semakin berdisiplin dan teratur dalam membuat latihan vokal dan lagu. Semakin hari Syawal semakin yakin untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini.

Tinggal kenangan, Syawal berenam bersama Krew-Krew Syawal semasa mengadakan persembahan sempena Majlis perkahwinan salah seorang ahli kump Syawal.







Perjuangan Syawal bermula dengan kehilangan 2 orang ahli yang sama-sama memperjuangkan industri ini. Sedih, Pilu, Sakit namun semua itu cabaran dan satu permulaan yang baik untuk Syawal.



"Setiap kejadian, di dunia ini, Allah ciptakannya, dengan hikmah tersendiri"


Selepas ini, nantikan kehadiran Ahli Simpanan Syawal, yang banyak berjuang bersama-sama Syawal untuk menempuhi ranjau dalan erana Nasyid Tempatan.

"Kounsikahan"
















No comments:

Post a Comment