Sunday, November 1, 2009

2009 lembaran yang meyakinkan kepada kami!

Alhamdulillah, bersyukur kami kepada ALLAH SWT kerana dengan izinnya, dapat juga kami menjayakan program motivasi kem ibadat SK Tambulian dengan jayanya. Tanggal 31 Oktober 2009 pada waktu jam 8.00 malam bertempat di dewan KG Tambulian kami SYAWAL telah mengadakan satu sesi iaitu "MOTIVASI BERSAMA SYAWAL" selama dua jam.


Sebanyak 10 lagu telah dinanyikan oleh SYAWAL dan diselitkan dengan perkongsian mengenai realiti kehidupan masa kini seperti "persahabatan, Ketakwaan Kepada ALLAH SWT, Jangan Cepat Berputus asa dan Cara Belajar yang betul dan beriman".


Perjalanan sesi motivasi pada kali ini berlangsung dengan baik dan peserta kem ibadat juga begitu teruja untuk bersama-sama kumpulan SYAWAL dalam menyanyikan beberapa buah lagu.


Malam ini juga sangat menarik kepada SYAWAL kerana setelah sekian lama, antara pengasas pertama SYAWAL iaitu Saidani turut serta menghiburkan adik-adik kecil atau peserta kem ibadat ini.

Semoga apa yang SYAWAL lakukan ini akan diberkati oleh ALLAH dan menjadi bekalan diakhirat sana. InsyALLAH.

Wassalam

3 comments:

  1. to syawall......welcome back.....may Allah SWT owez with u allzzz.....amin

    from mus

    ReplyDelete
  2. subhanallah..may Allah bless you all..

    ReplyDelete
  3. syawalll....hope u alzzz sudi terima my song 4 u alzzz......special edition.....from heart to heart......nanti gue antar yekkk.......by mus

    ReplyDelete